PETALING JAYA: Sindiket terlibat penyeludupan tembakau, rokok dan cerut dipercayai membuat pengisytiharan palsu dengan meletakkan kod kastam yang tidak tepat atau menukar butiran barang. Tindakan sindiket tersebut telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian hasil cukai lebih RM250 juta sejak tahun 2020 hingga tahun 2024. Sumber berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini mengesyaki modus operandi sindiket tersebut dengan membuat pengisytiharan palsu semasa proses import dengan kod kastam yang tidak…