SERAMAI 40 murid Tahun 4, 5 dan 6 daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Puteri Jaya mengikuti Kem Bina Insan dan Celik Iqra’ 2025 yang diadakan Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Tujuan utama kem tersebut diadakan kem bagi memantapkan sahsiah dan keperibadian akhlak terpuji mengikut ajaran Islam. Kedua, memberi keinsafan kepada murid bahawa kejayaan tanpa akhlak yang mulia adalah tidak berguna, dan ketiga, menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai murid sekolah.
Guru Besar sekolah berkenaan, Rosli Saman @ Mohamad Zaman berkata, melalui aktiviti tersebut, murid dapat menambahkan sifat yakin diri dan yakin boleh bersaing dengan dunia luar.
“Selepas ini akan timbul kesedaran kepada setiap murid iaitu ada nilai-nilai murni, adab dan akhlak terpuji setelah mengikuti komunikasi berkesan yang diperkenalkan,” katanya kepada Utusan Pelajar.
Rosli berkata, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Rentas Bakau, Ikhtiar Hidup, Flying Fox dan Kembara Malam, murid sekolah boleh mendapat pelbagai Ilmu dengan kerjasama pihak D Omland sempena program “Kem Bina Insan” itu.
Program diadakan itu sebagai tanda keprihatinan guru-guru terhadap murid, bukan sahaja dalam aspek akademik semata-mata malah pembangunan sahsiah dan modal insan juga dititikberatkan selari dengan konsep guru penyayang. – UTUSAN