NEW YORK: Novak Djokovic membuka kempen memburu gelaran Grand Slam ke-25 dengan kemenangan straight set ke atas pemain muda tuan rumah, Learner Tien pada aksi pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.
Bintang Serbia berusia 38 tahun itu memerlukan rawatan perubatan panjang bagi merawat melecet di kaki kanannya sebelum menamatkan perlawanan dengan keputusan 6-1, 7-6 (7/3), 6-2 di Stadium Arthur Ashe.
“Seronok dapat kembali beraksi di New York. Perlawanan agak pelik sebenarnya. Set pertama hanya 20 minit, tetapi set kedua sejam 20 minit. K
“Kunci utama adalah mengekalkan ketenangan saya. Secara keseluruhan banyak perkara positif dapat diambil,” kata Djokovic.
Djokovic yang tidak beraksi sejak tewas di separuh akhir Wimbledon bulan lalu mengakui faktor usia menjadi cabaran utama.
“Saya harap saya ada umur seperti Learner Tien. Apabila sudah lewat 30-an, yang penting adalah bagaimana nak simpan tenaga untuk saat penting.
“Saya masih ada sentuhan, masih ada semangat, dan tenaga daripada penyokong membuatkan saya mahu teruskan. Mudah-mudahan saya dapat kekalkan rentak ini,” kata Djokovic.
Djokovic akan berdepan pemain kelayakan AS, Zachary Svajda pada pusingan kedua, Rabu ini. – AGENSI