Juruterbang, jurusensor senjata dibenar keluar hospital

Juruterbang, jurusensor senjata dibenar keluar hospital

MUHAMAD NORAZLAN Aris (tengah) melawat Mejar Mohamad Azhar di Rumah Sakit Angkatan Tentera di Pangkalan Udara Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Juruterbang dan jurusensor senjata pesawat pejuang F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan tidak mengalami kecederaan serius.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, juruterbang Mejar Mohamad Azhar Alang, 34, dan jurusensor senjata, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, berada dalam keadaan baik dan sudah pun dibenarkan keluar daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

“Saya sendiri telah turun ke lokasi kejadian pagi ini untuk mendapatkan gambaran menyeluruh  berhubung insiden tersebut dan melawat dua pegawai berkenaan bagi menzahirkan sokongan moral kepada mereka.

“Mereka berada dalam keadaan baik dan telah discaj pagi ini serta ditempatkan di Rumah Sakit Angkatan Tentera di Pangkalan Udara Kuantan,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Udara Kuantan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Norazlan, semalam sebuah pesawat pejuang F/A-18D Honet terlibat dalam insiden kemalangan ketika sedang berlepas untuk melaksanakan latihan penerbangan rutin.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua anak kapal berkenaan telah berjaya melakukan prosedur kecemasan dengan selamat iaitu dengan kaedah ‘eject’ keluar daripada pesawat. 

Katanya, juruterbang mengalami keretakan tulang pinggul kerana hentakan di atas bitumen dan kesan kebakaran pada kaki kiri manakala jurusensor senjata mengalami lebam-lebam di bahagian badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN