Jimmy-Pei Jing naib juara Terbuka Macau

Jimmy-Pei Jing naib juara Terbuka Macau

JIMMY-Pei Jing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$14,060 (RM60,141) beserta pingat perak selepas merangkul naib juara Terbuka Macau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran profesional Malaysia, Jimmy Wong-Lai Pei Jing terlepas peluang merangkul gelaran pertama setelah tewas kepada gandingan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Macau di Macau, hari ini.

Jimmy-Pei Jing yang baru sahaja digandingkan bersama, tahun ini, terpaksa akur kepada Christansen-Boje 13-21, 16-21 dalam masa 45 minit.

Kedua-dua beregu tersebut belum pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dan pertembungan di pentas akhir itu merupakan kali pertama buat mereka.

Sebagai naib juara, Jimmy-Pei Jing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$14,060 (RM60,141) beserta pingat perak.

Sebelum ini, Pei Jing berpasangan dengan Tan Kian Meng, tetapi, rakan gandingannya itu mengambil keputusan untuk bersara selepas tampil kali terakhir pada Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Sejak perpisahan beregu yang pernah menghuni ranking No. 5 dunia itu, Pei Jing mengorak langkah berpasangan dengan pemain muda, Jimmy yang berusia 22 tahun.

Kejayaan mara ke perlawanan akhir Terbuka Macau merupakan kejayaan sulung buat gandingan baharu tersebut sejak beraksi bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN