Jangan terpengaruh anasir lemahkan Tabung Haji - Mufti Wilayah

Jangan terpengaruh anasir lemahkan Tabung Haji – Mufti Wilayah

ANTARA peserta yang hadir pada Program Malaysia #QuranHour 2025, di Masjid Negara, di sini hari ini. - UTUSAN/HANAFI ZULKEFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang cuba melemahkan kedudukan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai institusi penting dalam pengurusan ibadah haji rakyat negara ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Fauwaz Fadzil berkata, simpanan dalam TH perlu dipertahankan kerana ia bukan menjamin persediaan menunaikan haji.

“Jangan keluarkan simpanan hanya kerana terikut-ikut pengaruh luar. Jika mahu gunakan wang untuk keperluan keluarga, itu dibolehkan, tetapi bukan kerana hasutan pihak tertentu,” katanya selepas menghadiri program Malaysia #QuranHour di Masjid Negara, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, TH mendedahkan lebih 15,000 daripada 31,600 pendeposit yang menerima tawaran menunaikan haji tahun ini menolak atau menangguhkan giliran berikutan masalah kewangan meskipun bantuan disediakan.

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, lebih separuh pendeposit tidak mempunyai simpanan minimum RM1,300 bagi tujuan pendaftaran, sekali gus menjejaskan kemampuan mereka menyempurnakan rukun Islam kelima.

Katanya, TH kini berdepan cabaran menarik simpanan baharu kerana bersaing dengan produk simpanan dan pelaburan lain termasuk unit amanah, emas dan Skim Persaraan Swasta (PRS) yang dilihat lebih menguntungkan.

Beliau menjelaskan, sejak tiga tahun lalu jumlah pengeluaran lebih tinggi berbanding simpanan baharu dimasukkan, menyebabkan TH kehilangan pertumbuhan simpanan segar dengan nilai mencecah hampir RM2 bilion.

Tambahnya, dana sedia ada sebahagian besarnya hasil keuntungan pelaburan yang didepositkan semula, berbanding simpanan baharu daripada pendeposit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN