Henderson juara Terbuka Kanada buat kali kedua

Henderson juara Terbuka Kanada buat kali kedua

Brooke Henderson mengambil swafoto dengan trofi selepas memenangi Terbuka Kanada 2025 di Kelab Golf dan Desa Mississaugua, Ontario, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Brooke Henderson menamatkan penantian dua tahun tanpa gelaran apabila muncul juara Terbuka Kanada selepas menewaskan Minjee Lee dengan kelebihan satu pukulan, hari ini.

Pemain berusia 27 tahun itu menutup aksi dengan catatan 67 pukulan pada pusingan akhir untuk mengumpul keseluruhan 15 bawah par 269 di Mississauga Golf and Country Club.

Kejayaan itu menghadiahkan Henderson gelaran Persatuan Gold Profesional Wanita (LPGA) ke-14 dalam kariernya, sekali gus mengulangi pencapaian tujuh tahun lalu ketika menjuarai kejohanan sama pada 2018.

“Saya sudah menunggu sangat lama untuk kemenangan ke-14 saya. Untuk menang di sini ianya sangat istimewa.

“Saya mempunyai keluarga dan rakan-rakan di sini dan saya berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk kembali beraksi dengan penuh keyakinan,” kata Henderson.

Henderson yang berkongsi kedudukan pendahulu bersama Lee mempamerkan aksi konsisten, termasuk birdie penting di lubang ke-13, 14 dan 17 untuk memastikan kelebihan kekal sehingga ke penghujung.

Sorakan padu penonton tempatan nyata menyuntik semangat tambahan buat bekas juara dua kali kejohanan utama itu yang kelihatan cukup emosional selepas menamatkan kemarau kejuaraan.

Mai Saigo dari Jepun pula menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 273 selepas melakukan lima birdie tanpa bogey pada pusingan akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN