Haaland bantu City benam Wolves 4-0

Haaland bantu City benam Wolves 4-0

Erling Haaland (tengah) meraikan gol pembukaan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Wolverhampton Wanderers dan Manchester City di stadium Molineux di Wolverhampton, minggu lalu - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOLVERHAMPTON: Erling Haaland menyumbat dua gol ketika Manchester City membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan bergaya 4-0 menewaskan Wolverhampton Wanderers, sebentar tadi.

Selepas gagal meraih sebarang trofi musim lalu, skuad bimbingan Pep Guardiola tampil bertenaga dengan aksi cemerlang dua muka baharu, Tijjani Reijnders dan Rayan Cherki yang turut mencetak nama selaku penjaring.

Guardiola membuat keputusan berani apabila menurunkan James Trafford sebagai penjaga gol utama di sebalik spekulasi perpindahan Ederson ke Galatasaray.

Gol pembukaan hadir pada minit ke-24 apabila Reijnders mencipta lorongan cantik kepada Rico Lewis yang kemudiannya membolehkan Haaland mudah menolak masuk bola.

Tiga minit selepas itu, Reijnders sekali lagi mencuri tumpuan apabila melepaskan rembatan leret kaki kiri untuk meletakkan City selesa 2-0.

Haaland menambah jaringan kedua peribadi hasil gerakan menarik dari Trafford dan Oscar Bobb sebelum ditarik keluar bagi memberi ruang kepada Cherki.

Bintang muda Perancis itu mengambil hanya lapan minit untuk menjaringkan gol keempat menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN