KETIADAAN pengetua di Sekolah Berasrama Penuh Tunas Impian betul-betul meninggalkan kesan. Sudah dua bulan sekolah ini kehilangan nakhoda sejak Haji Salleh, Pengetua lama bertukar jawatan sebagai Pengarah Institut Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Dalam tempoh itu, banyak masalah berlaku. Guru-guru Penolong Kanan masing-masing sibuk dengan kerja pentadbiran, guru-guru mengajar sekadar memenuhi jadual, pelajar pula tenggelam dalam rutin yang hambar. Hari itu, suara garau pembesar suara mengejutkan seluruh warga sekolah. “Selamat…










