WASHINGTON: Tommy Fleetwood akhirnya menamatkan penantian panjang untuk gelaran sulung Jelajah Persatuan Golf Profesional (PGA) selepas muncul juara Tour Championship dengan menewaskan Patrick Cantlay dalam aksi penentuan, hari ini.
Pemain England itu membawa pulang hadiah kemenangan bernilai AS$10 juta (RM42 juta) selain menjulang mahkota keseluruhan playoff Piala FedEx.
Fleetwood, pemenang tujuh kali di Jelajah DP World, sebelum ini sudah mengumpul 30 kedudukan lima terbaik termasuk enam kali naib juara di AS.
“Saya sangat gembira akhirnya dapat menamatkannya dan berpuas hati dengan etika kerja saya.
“Saya akan terus berusaha menjadi lebih baik dan cuba mencapai tahap terbaik yang saya mampu,” kata Fleetwood.
Fleetwood menamatkan saingan dengan catatan 18 bawah par 262 selepas mencatat dua bawah par 68 di East Lake, Georgia.
Cantlay yang pernah menjuarai Piala FedEx 2021 cuba bangkit, namun kesilapan di awal permainan merencatkan rentaknya. – AGENSI