Dylan muncul hero Penang FC benam Melaka FC

Dylan muncul hero Penang FC benam Melaka FC

PEMAIN Penang FC, Muhamad Adip Ra’op cuba melepasi halangan pemain Melaka FC dalam aksi Piala FA pusingan pertama di Stadium Hang Jebat, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemain kelahiran Australia, Dylan Wenzel Halls muncul hero apabila dua jaringannya membantu Penang FC menewaskan Melaka FC 2-0 dalam aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Hang Jebat malam ini.

Pemain Kelab Cental Coast Mariners dalam Liga Australia meledakkan dua jaringan pada minit ke-48 dan ke-82 terus meranapkan impian Melaka FC untuk melakar kemenangan pertama.

Pada aksi Liga Super tiga hari lalu di Stadium Hang Jebat Penang FC sekadar terikat seri 1-1 dengan tuan rumah.

Bekalan dua gol buat pelawat sudah pasti cukup melegakan apabila melayani kedatangan Melaka FC di gelanggang sendiri di saingan kedua pada 14 September ini di Stadium Bandaraya.

Aksi bermula agak hambar apabila kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati seperti mana aksi kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super berkeputusan seri 1-1 pada 13 Ogos lalu.

Pada minit ke-41 Penang FC memecah kebuntuan apabila penyerang import, Dylan Wenzel Halls meledakkan sepakan kaki kiri selepas menerima hantaran Muhammad Ariff Fahan Md. Isa.

Namun jaringan tersebut dibatalkan pengadil Mohamad Nawal Mohammad Zubir menerusi video bantuan pengadil (VAR) mendapati berlaku kekasaran ke atas pemain tuan rumah.

Bagaimanapun selepas itu Mohamad Nawal melayakan kad kuning kepada ketua jurulatih Melaka FC, K. Devan kerana kerap membantah keputusan pengadil.

Tiga minit bermula aksi babak kedua pelawat pantas memecah kebuntuan jaringan gol sekali lagi menerusi menerusi sepakan kaki kanan Dylan yang gol pertamanya dibatalkan pengadil perlawanan.

Pemain tengah Wan Zack Haikal Wan Nor bijak melorongkan bola kepada Dylan yang terus meledakkan sepakan kaki kanan menewaskan penjaga gol tuan rumah, Badelic Gamba Florencio Jr.

Gol pendahuluan itu mengejutkan Melaka FC yang terus menggandakan asakan menerusi gandingan Juan Douglas Teles Da Silva, Anderson Brito De Arruda dan Muhammad Sharel Fikri Md. Fauzi tetapi mudah dipatahkan benteng pertahanan pelawat.

Pelawat terus cemerlang apabila Dylan menjaringkan gol peribadi keduanya untuk meletakkan Penang FC selesa mendahului 2-0 pada minit ke-82.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN