Djokovic tarik diri aksi pemanas badan 

Djokovic tarik diri aksi pemanas badan 

NOVAK Djokovic. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Novak Djokovic bakal tiba di Terbuka Amerika Syarikat (AS) hujung bulan ini tanpa sebarang aksi kompetitif sejak tersingkir di separuh akhir Wimbledon, bulan lalu.

Pemain Serbia berusia 38 tahun itu disahkan menarik diri daripada kejohanan Masters 1000 Terbuka Cincinnati yang akan bermula Khamis ini.

Ia kali kedua berturut-turut Djokovic menarik diri daripada kejohanan tersebut selepas turut berbuat demikian tahun lalu selepas Sukan Olimpik Paris.

Kali terakhir Djokovic beraksi dalam kejohanan bukan Grand Slam ialah ketika muncul juara di Terbuka Geneva pada Mei lalu, sebelum tewas kepada Jannik Sinner di separuh akhir Roland-Garros dan Wimbledon.

“Saya akan sedih jika ini perlawanan terakhir saya di Centre Court, tetapi saya belum merancang untuk menamatkan karier Wimbledon saya.

“Saya bercadang untuk kembali sekurang-kurangnya sekali lagi, dan terlalu awal untuk saya umumkan hala tuju untuk beberapa bulan atau tahun akan datang,” kata Djokovic.

Djokovic yang kali terakhir muncul juara Grand Slam di Terbuka AS 2023, kini mengintai gelaran utama ke-25 bagi menamatkan dominasi Sinner dan Carlos Alcaraz sejak dua tahun lalu.

Empat daripada 24 kejuaraan utama miliknya diraih di New York, namun dikecewakan Alexei Popyrin seawal pusingan ketiga tahun lalu dalam penampilan terburuknya di situ sejak 2006. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN