De Bruyne bantu Napoli kutip tiga mata

De Bruyne bantu Napoli kutip tiga mata

PEMAIN tengah Napoli, Kevin De Bruyne (kanan) meraikan kejayaannya membantu pasukan mencipta kemenangan 2-0 ke atas Sassuolo dalam aksi Serie A di Stadium Mapei, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Reggio Emilia, Itali: Pemain tengah Belgium, Kevin De Bruyne tidak mengambil masa yang lama untuk meledak gol bersama Napoli apabila menjaringkan gol dalam penampilan sulungnya ketika membantu kelabnya menewaskan pendatang baharu Serie A, Sassuola 2-0, semalam.

De Bruyne menyertai Napoli pada musim panas lalu menjaringkan gol pada minit ke-57 menerusi sepakan bola mati yang menerobos penjuru kiri gawang.

“Sudah tentu ia satu detik yang indah, saya hanya cuba letakkan bola ke kawasan yang betul dan saya rasa saya letakkan ia di kawasan berbahaya, kali ini tiada siapa sentuh, bola terus masuk. Ia satu permulaan yang bagus,” katanya.

De Bruyne, 34, berpindah ke Itali selepas sedekad bersama Manchester City di mana dia memenangi enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara pada 2023.

“Ia satu cara bekerja yang berbeza, cara permainan yang berbeza dan saya nampak itu hari ini. Saya rasa saya masih perlu menyesuaikan diri dan bermain dengan lebih baik.

“Ia satu permulaan yang baik sebagai satu pasukan tetapi saya rasa kami boleh bermain dengan lebih baik, secara individu dan berkumpulan,” tambah De Bruyne. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN