DI tengah arus makanan hipster dan kafe urban yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di negeri ini, masih ada yang menggemari cita rasa tradisional dan Restoran Teruna Ikan Bakar menjadi pilihan. Di sebuah restoran yang terletak di pinggir bandar raya Alor Setar, juadah warisan seperti gulai kawah daging rias pisang dan sup daging utara terus menjadi pilihan pengunjung yang merindukan rasa kampung halaman. Restoran Teruna Ikan Bakar yang sudah beroperasi…