Chelsea ikat Garnacho

Chelsea ikat Garnacho

Alejandro Garnacho menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Chelsea. - IHSAN CHELSEA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea melengkapkan perpindahan pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho dari Manchester United dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai 40 juta Pound (RM228 juta).

Pemain berusia 21 tahun itu menandatangani kontrak tujuh tahun bersama juara dunia kelab tersebut sekali gus menambah kekuatan di barisan serangan The Blues.

“Ia detik yang luar biasa untuk saya dan keluarga, saya tidak sabar untuk memulakan cabaran bersama kelab hebat ini.

“Saya menonton Piala Dunia Kelab dan menyertai juara dunia adalah sesuatu yang istimewa, kami pasukan terbaik dunia. Saya sangat gembira berada di sini,” kata Garnacho.

Garnacho sebelum ini menjaringkan 26 gol dalam 144 penampilan bersama United termasuk ketika membantu kemenangan final Piala FA 2024 menentang Manchester City.

Bagaimanapun, dia diketepikan daripada skuad utama oleh pengurus Ruben Amorim musim ini bersama beberapa pemain lain seperti Antony dan Jadon Sancho.

Kehadiran Garnacho menjadikan jumlah perbelanjaan Chelsea melebihi 250 juta Pound (RM1.4 bilion) pada jendela perpindahan kali ini selepas turut membawa masuk Joao Pedro, Liam Delap, Estevao dan Jamie Gittens. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN