KUALA LUMPUR: Cadangan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk menambah pemerhati antarabangsa bagi memantau pelaksanaan genjatan senjata antara Thailand dan Kemboja bukan bertujuan mencampuri urusan dalaman kedua-dua negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan memperkukuh keberkesanan pasukan Pemerhati Interim ASEAN (IOT) yang kini dilihat kekurangan anggota di lapangan. “Sebagai contoh, kita ada lapan di Bangkok tetapi hanya dua di Phnom Penh. Jadi kita putuskan perlu ditambah. Jika…