Arsenal malukan United di Old Trafford

Arsenal malukan United di Old Trafford

PENYERANG Manchester United, Bryan Mbeumo memberi asakan kepada pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris(EPL) di Stadium Old Trafford-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Arsenal merosakkan pesta pembukaan musim baharu Manchester United apabila mencatat kemenangan 1-0 hasil tandukan Riccardo Calafiori di Old Trafford, awal pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan hadir seawal minit ke-13 selepas penjaga gol tuan rumah, Altay Bayindir gagal mengeluarkan bola sepakan sudut dengan kemas, sebelum disambar mudah pertahanan Itali itu dari jarak dekat.

Meskipun United yang dibarisi muka baharu seperti Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan Patrick Dorgu yang lebih menguasai permainan terutama babak kedua, namun begitu ketumpulan di hadapan gawang masih lagi menjadi mimpi ngeri buat skuad kendalian Ruben Amorim.

Beberapa peluang terbaik dipersiakan, malah percubaan Mbeumo turut diselamatkan cemerlang oleh penjaga gol Arsenal, David Raya.

Kekalahan itu mengulangi skrip lama buat United apabila tiga daripada empat gol terakhir mereka bolos kepada Arsenal dalam saingan liga hadir menerusi situasi sepakan penjuru.

Arsenal pula terus membuktikan kekuatan mereka sebagai ‘raja set-piece’ apabila sudah meledak 31 gol liga daripada sepakan penjuru sejak musim lalu sekaligus paling banyak berbanding mana-mana pasukan lain di Liga Perdana Inggeris(EPL).-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN