Arif Aiman, Mickey bawa misi berbeza

Arif Aiman, Mickey bawa misi berbeza

ARIF AIMAN HANAPI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aksi pembuka tirai Liga Super 2025-26 dan perebutan Piala Sumbangsih melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan Selangor FC (SFC) bakal menjadi tumpuan utama seluruh peminat bola sepak tempatan pada Jumaat ini.

Kedua-dua pasukan memiliki barisan pemain berkualiti dan tidak pernah berdepan masalah isu gaji sekali gus dilihat antara pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Super musim ini.

Bintang JDT, Arif Aiman Hanapi mengakui dirinya serta pasukan telah membuat persiapan terbaik bagi mengharungi perlawanan itu dengan matlamat untuk terus mengekalkan trofi berkenaan di Johor Bharu.

Jelasnya, setakat ini secara keseluruhan dia bebas daripada sebarang kecederaan dan berharap mampu memperagakan persembahan terbaik berdepan skuad Gergasi Merah Kuning.

“Bagi saya pentinglah. Saya dah buat persediaan yang baik untuk menghadapi perlawanan pertama musim ini dan saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, edisi Piala Sumbangsih 2024 menyaksikan JDT diberikan kemenangan ‘walkover’ oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas Selangor enggan bermain pada tarikh 10 Mei 2024 berikutan masih terkejut dengan insiden melibatkan Faisal yang disimbah asid.

akan terus kekal di bumi Johor apabila Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberikan kemenangan ‘walkover’ kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan jaringan 3-0.

Sementara itu, tonggak Selangor FC (SFC), Faisal Halim berkata perlawanan berprestij itu akan menjadi medan terbaik membina momentum selain menguji kesediaan skuad Gergasi Merah sebelum mengharungi musim yang dijangka lebih mencabar.

Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengakui persiapan selama dua bulan ini akan diuji sejauh mana keberkesanannya dan berharap keputusan positif mampu dicatat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) nanti.

“Kami sudah membuat persiapan lebih dua bulan dan semua pemain sedia beraksi. Kami ke sana untuk mendapatkan keputusan positif. Dalam bola sepak, tiada yang mustahil,” ujarnya.

Faisal berkata, aksi Piala Sumbangsih itu dijangka menjadi titik tolak kepada Selangor untuk melakar pencapaian lebih cemerlang musim ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN