Anderson Tiger puas mara ke separuh akhir MJHL Divisyen Dua 

Anderson Tiger puas mara ke separuh akhir MJHL Divisyen Dua 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Anderson Tiger, Mohamad Amirul Abdul Halim menghamburkan pujian kepada pemainnya apabila mara ke separuh akhir Liga Hoki Junior Malaysia (MJHL) Divisyen Dua selepas menewaskan GR Highlander 4-2 pada aksi final zon utara.

Amirul turut memuji semangat juang Anderson Tiger yang dibarisi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson selepas bangkit daripada ketinggalan 2-0 menewaskan lawan yang jauh lebih berpengalaman.

“Selepas kena dua gol saya memberitahu pemain untuk menjaga nama baik sekolah dan memberi tentangan sengit kepada lawan. 

“Alhamdulillah, semangat juang yang ditunjukkan pemain menjadi faktor kepada kemenangan pasukan dan kini kami perlu bersedia untuk menghadapi lawan seterusnya dalam aksi separuh akhir nanti,” katanya.

Amirul turut memberitahu pemainnya, Megat Muhammad Aqil Mohd Azhar mengalami kecederaan luka terkoyak di tangan kanan selepas terkena kayu pemukul.

Tiga gol Anderson Tiger dijaringkan hasil pukulan sudut penalti menerusi Muhammad Adam Syafiq Syawal Abdullah pada minit ke-14, Muhammad Nor Aizat Haiqal Nod Azman tiga minit kemudian dan Muhammad Nor Aizat Haiqal Nod Azman minit ke-21. 

Satu gol padang dijaringkan Muhammad Faizuan Saiful Nizam pada minit ke-17.

Satu lagi aksi separuh akhir menampilkan SSTMI Juniors menentang GR Highlander selepas pasukan bimbingan Muhammad Hanif Azemi itu menewaskan Negeri Sembilan 3-1 menerusi penalti shoot-out setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN