PETALING JAYA: Pemain skuasy muda negara, Aira Azman mencipta hatrik selepas menewaskan kakaknya, Aifa dalam perlawanan akhir wanita Premier pada Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2025 di Jelutong, Pulau Pinang, hari ini. Pemain berusia 21 tahun itu dipaksa beraksi sehingga ke set penentuan sebelum meraih kemenangan ke atas Aifa 8-11, 11-5, 9-11, 11-6, 11-8 dalam masa 31 minit. Kejayaan itu merupakan gelaran ketiga berturut-turut menjadi milik Aira, selepas merangkul kejuaraan bagi edisi…