Ainaa, Ameeshanraj mara ke final Trofi Tuanku Muhriz

Ainaa, Ameeshanraj mara ke final Trofi Tuanku Muhriz

Noor Ainaa Amani (kanan) membalas pukulan sewaktu beraksi menentang Nour Khafagy pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Trofi Tuanku Muhriz di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini. - Ihsan PSNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua wakil negara, Noor Ainaa Amani Ampandi dan C. Ameeshanraj berjaya melangkah ke final setelah menumpaskan pencabar masing-masing di separuh akhir pada Kejohanan Skuasy Trofi Tuanku Muhriz di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

Dalam perseorangan wanita, pilihan kedua, Ainaa mengambil masa selama 43 minit untuk menyingkirkan pemain Mesir, Nour Khafagy 11-7, 8-11, 11-4, 11-7 di Kompleks Sukan Tan Sri Dato’ Hj Mohd Said.

Kejayaan itu bakal menemukan pemain yang menghuni ranking ke-48 dunia itu dengan seorang lagi wakil Mesir, Nadien Elhammamy pada perlawanan akhir, esok.

Nadien yang berada di ranking ke-79 dunia itu menewaskan rakan senegaranya, Nardine Garas 11-6, 11-6, 11-8 dalam satu lagi separuh akhir.

Sementara itu, dalam perseorangan lelaki, Ameeshanraj menepati statusnya sebagai pilihan kedua selepas dia menundukkan Aly Hussein dari Mesir 8-11, 11-7, 11-6, 8-11, 11-7 dalam masa 83 minit.

Pemain berusia 21 tahun yang menghuni ranking No. 87 dunia itu akan berdepan seorang lagi wakil Mesir, Mohamed Sharaf pada final.

Mohamed yang berada di ranking ke-101 dunia menewaskan Nasir Iqbal selepas pemain dari Pakistan itu mengambil keputusan tidak melengkapkan permainan akibat kecederaan.

Sewaktu Nasir membuat keputusan menarik diri kutipan mata berpihak kepada Mohamed 7-11, 11-2, 11-7, 6-11, 3-0. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN