Aina Abdul sedia cipta lagu untuk penyanyi lain - Utusan Malaysia

Aina Abdul sedia cipta lagu untuk penyanyi lain

AINA ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aina Abdul, 31, memaklumkan sudah mampu mengatasi ketakutan menghasilkan lagu untuk penyanyi lain.

Malah katanya, dia kini bertambah yakin lebih-lebih lagi selepas memberikan lagu kepada Didie Shazry yang menjuarai rancangan Raise The Star Malaysia.

“Cipta lagu untuk penyanyi lain ini ibarat kita bentang hasil kerja kepada majikan. Macam itulah perasaan saya.

“Tambah pula saya ini tidak berani mengarah orang dalam studio sebab saya merasakan diri sendiri bukanlah sesiapa.

“Tapi tentulah saya kena atasi perasaan itu. Sampai bila saya nak takut buat lagu untuk penyanyi lain.

“Saya dapat rasakan  selepas ini saya akan tulis lebih banyak lagu untuk penyanyi lain, ” katanya.

Kata Aina, Peganglah Hati merupakan karya berlainan dengan yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

“Lagu Peganglah Hati itu adalah bait-bait baharu dalam diri saya.

“Kebiasaannya saya muncul dengan karya-karya yang berat. Tetapi kebanyakan lagu-lagu saya sekarang konsepnya ringan.

“Lagu itu sebenarnya untuk saya uji pasaran. Alhamdulillah, pendengar menerimanya dengan baik. Mungkin selepas ini saya tampilkan lebih banyak lagi lagu-lagu seperti itu.

Aina dalam masa yang sama memberitahu dia bakal muncul dengan single baharu tidak lama lagi.

“Insya-Allah, dalam masa yang terdekat (lagu baharu). Sebelum album baru menyusul, saya keluarkan single terlebih dahulu,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN