PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu memberikan penjelasan terperinci berhubung percanggahan dalam keputusan menarik balik semua pertuduhan terhadap Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad. Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) dalam kenyataan berkata, langkah itu penting bagi memastikan wujud alasan kukuh yang membenarkan pengguguran pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. “AGC perlu merangka dan menerbitkan garis panduan…