YPM, Yayasan Bawal bimbing 40 pelajar

YPM, Yayasan Bawal bimbing 40 pelajar

AIN menunjukkan perbualan dia dengan anak perempuannya yang menjadi mangsa penipuan di Poipet, sempadan Thailand-Kemboja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 40 pelajar Orang Asli dan masyarakat luar bandar sekitar Kuala Krau menyertai Program Celik al-Quran anjuran Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan kerjasama strategik Yayasan Bawal sebagai penaja utama.

Pengerusi YPM, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, program tersebut merupakan antara usaha berterusa memperkasakan pendidikan asas agama dalam kalangan komuniti minoriti melalui pendekatan tersusun dan inklusif.

Menurut beliau, hubungan strategik yang dibina bersama Yayasan Bawal membolehkan program berimpak tinggi ini direalisasikan dengan tumpuan kepada aspek bacaan al-Quran dan tatacara solat yang betul.

“Pendidikan agama asas perlu diberi keutamaan, khususnya kepada masyarakat yang jauh dari arus perdana pendidikan. Usaha ini amat bermakna kerana kita bukan sahaja mengajar huruf, tetapi membina asas kehidupan,” katanya ketika merasmikan program itu di SK Penderas, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Bawal, Haliza Maysuri; Senator Norhasmimi Abd Ghani; Senator Shahrol Wizan Sulong; Ahli Dewan Undangan Negeri Jenderak, Datuk Rodzuan Zaaba serta Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Saufie Abdul Manaf.

Program anjuran bersama itu melibatkan dua buah sekolah iaitu SK Penderas dan SK Paya Luas sebagai lokasi permulaan daripada keseluruhan 14 pusat pelaksanaan yang akan diperluaskan secara berperingkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN