JELEBU: Gara-gara ingin menakutkan pencuri, seorang lelaki warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri di kebun durian miliknya di Kuala Klawang, di sini, petang semalam. Sumber berkata, difahamkan mangsa berusia lewat 60-an telah pergi ke kebunnya sekitar pukul 5 petang, namun disedari masih tidak pulang ke rumah oleh isterinya walaupun telah pukul 9 malam. “Biasanya kalau pukul 7 malam dia sudah pulang ke rumah tetapi isterinya yang pulang ke rumah…