MAJLIS Konvokesyen ke-16 Asian Institute of Medicine, Science and Technology University (AIMST) baru-baru ini meraikan kejayaan akademik 829 graduan daripada pelbagai fakulti di Bedong Kedah.
Majlis tersebut disempurnakan oleh canselornya, Tan Sri Dr. SA Vigneswaran yang juga Pengerusi Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED).
Graduan terlibat adalah daripada tujuh fakulti iaitu 167 orang daripada Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian seramai 76 orang, Fakulti Farmasi (76), Fakulti Sains Gunaan (50) dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu seramai 247 orang.
Turut diraikan graduan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Komputer (20) 161 dari Fakulti Perniagaan & Pengurusan seramai 161 orang.
Universiti juga menganugerahkan 10 ijazah kedoktoran (PhD.) dan 22 orangijazah sarjana serta penerima sijil Kejururawatan Penjagaan Kritikal dan Kejururawatan Buah Pinggang Pascasasaran.
Naib canselor universiti itu, Dr. Kathiresan V Sathasivam berkata, konvokesyen kali ini turut mengiktiraf percapaian graduan antarabangsa dari India, Pakistan, Sudan dan Nigeria.
Katanya, dalam usaha mencapai sasaran sebagai 500 universiti terbaik dunia dan 200 terbaik di Asia, AIMST akan terus melahirkan graduan yang berkemahiran dan berwawasan.
Dalam konvokesyen itu, AIMST turut memberi anugerah kepada alumni cemerlang daripada tujuh fakulti untuk menerima Anugerah Canselor, Anugerah Percapaian Professional, Anugerah Komuniti dan Anugerah Pemimpin Masa Hadapan.
Seorang pelajar cemerlang, Tan You Pheng, 24, dari Georgetown, Pulau Pinang telah dianugerahkan Pingat Emas Universiti sebagai tanda penghargaan atas kejayaan akademik dan sumbangannya yang lain.
Dia adalah pelajar terbaik dalam program Bioteknologi di Fakulti Sains Gunaan dan kini sedang melanjutkan pengajian PhD. di AIMST dengan menjalankan penyelidikan mengenai rintangan antimikrob dalam kerangka OneHealth bersama pakar penyakit berjangkit. – UTUSAN