Tiga bintang tarik diri, England tetap buru gelaran Euro

Tiga bintang tarik diri, England tetap buru gelaran Euro

Putera William, Putera Wales (tengah), Penaung Persatuan Bola Sepak bergambar beramai-ramai bersama pemain dan kakitangan semasa lawatan ke Lionesses, pasukan bola sepak wanita England di St George's Park, Burton pada Ahad lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Usaha England mempertahankan kejuaraan Euro Wanita 2022 bermula dalam keadaan tidak ideal selepas tiga tonggak utama termasuk kapten Millie Bright menarik diri sebelum sepak mula di Switzerland.

Penjaga gol Mary Earps dan pemain tengah Fran Kirby mengumumkan persaraan antarabangsa dalam situasi berbeza, manakala Bright tidak tersenarai atas faktor keletihan fizikal dan mental.

Jurulatih England, Sarina Wiegman menyifatkan gangguan luar padang sebelum kejohanan sebagai perkara biasa dan menegaskan situasi semasa tidak dianggap sebagai krisis.

“Pengalaman saya sebelum kejohanan, memang akan ada ‘noise’. Kami jangka ‘noise’ itu akan berterusan sampai kejohanan bermula, tapi saya tak rasa ini satu krisis,” kata Wiegman.

England diundi dalam Kumpulan C yang dianggap paling sukar bersama juara 2017 Belanda, pasukan pilihan Perancis serta pendatang baharu kejohanan, Wales.

Meskipun hanya menang tiga daripada enam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah tahun ini, skuad Lionesses menutup persiapan dengan bergaya selepas membelasah Jamaica 7-0 Ahad lalu.

Dalam pada itu, penyerang England, Alessia Russo menegaskan England tidak boleh terlalu selesa dalam saingan peringkat kumpulan memandangkan mereka diundi bersama pasukan-pasukan kuat.

“Tekanan sentiasa ada untuk England, sama ada pasukan lelaki atau wanita. Kami tahu kami bagus dan kami datang ke sini untuk mencabar serta uji diri dengan pasukan terbaik dunia,” kata Russo. tambahnya.

England kekal sebagai pilihan kedua di belakang juara dunia Sepanyol, malah Wiegman memiliki rekod sempurna membawa pasukannya ke final dalam empat kejohanan utama sejak 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN