PETALING JAYA: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak seharusnya dibubarkan sebaliknya terus diperkasa sebagai salah satu cabang dalam sistem pendidikan negara yang dipenuhi pelbagai kaum negara ini. Pakar pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan supaya STPM dibubarkan dan hanya memberi fokus kepada Program Matrikulasi Malaysia (PMM). Ini kerana, kata beliau, dua laluan ke universiti itu mempunyai matlamat yang berbeza di dalam…










