Swiatek mara ke suku akhir Wimbledon buat kali kedua

Swiatek mara ke suku akhir Wimbledon buat kali kedua

IGA Swiatek mengintai bola ketika menentang pemain Denmark, Clara Tauson aksi pusingan keempat pada hari kelapan Kejohanan Tenis Wimbledon 2025 di The All England Lawn Tennis and Croquet Club, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pilihan kelapan dari Poland, Iga Swiatek mara ke suku akhir Wimbledon selepas menewaskan pilihan ke-23, Clara Tauson dari Denmark 6-4, 6-1, semalam.

Swiatek yang pernah merangkul lima gelaran Grand Slam, belum pernah layak ke final kejohanan berprestij itu sepanjang kariernya.

“Saya rasa ini kali pertama saya betul-betul menikmati masa di London. Maaf semua.

“Kami pemain tenis hanya rasa selesa di luar gelanggang apabila kami rasa selesa di atas gelanggang,” kata Swiatek.

Pada aksi seterusnya, Swiatek akan menentang pilihan ke-19 dari Rusia, Liudmila Samsonova yang mengejutkan Jessica Bouzas Maneiro 7-5, 7-5.

Swiatek baru-baru ini mara ke final kejohanan Bad Homburg di atas gelanggang rumput dan pernah muncul juara remaja Wimbledon.

Kemenangan tersebut juga meletakkan beliau di landasan tepat ketika kebanyakan pilihan utama wanita sudah tersingkir termasuk juara bertahan.

Tauson dilihat tidak selesa beraksi di Gelanggang Satu dan meminta rawatan perubatan selepas set pertama akibat keadaan gelanggang yang licin.

Swiatek mengakui lawannya itu kurang sihat dan berharap pemain muda Denmark itu akan pulih segera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN