STPM 2024 catat PNGK Nasional tertinggi

STPM 2024 catat PNGK Nasional tertinggi

PELAJAR Kolej Tingkatan Enam Desa Murni (KTEDM), menunjukkan keputusan cemerlang yang diperoleh mereka baru-baru ini. – UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Debaran seramai 42,861 calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terjawab apabila keputusan peperiksaan tersebut diumumkan baru-baru ini.

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) ketika beramah mesra bersama pelajar terbaik pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM, Malaysian University English Test (MUET) serta Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) di Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang baru-baru ini. –UTUSAN/SYAKIR RADIN

Keputusan menunjukkan berlaku peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional kepada 2.85 berbanding 2.84 tahun sebelumnya.

Berdasarkan laporan keputusan, pelajar yang mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran diambil meningkat kepada 53 calon, berbanding 41 calon pada STPM 2023.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, peningkatan sebanyak 0.01 mata adalah tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan. Md. Amin berkata, seramai 41,422 atau 99.97 peratus calon layak mendapat sijil daripada 41,434 calon berdaftar.

NUR Erma Natasya Azami (dua dari kanan) anak seorang penjual ikan menunjukkan keputusan cemerlang diraihnya dalam STPM 2024 yang diumumkan di SMK Syed Alwi, Kangar, Perlis, baru-baru ini.
– UTUSAN/ASYRAF MUHAMMADKatanya, kesemua 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2024 mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus, iaitu gred C dan ke atas.

“Seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00. Bilangan calon ini telah meningkat seramai 150 calon berbanding 2023.

“Daripada segi pencapaian PNGK calon, secara keseluruhannya didapati bilangan longgokan dan peratusan longgokan calon STPM 2024 pada PNGK 3.75, PNGK 3.00, PNGK 2.75 dan PNGK 2.00 telah meningkat berbanding 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pengumuman keputusan Peperiksaan STPM 2024 dan majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM, Malaysian University English Test MUET dan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warga Asing (SKBMW) di Dewan Besar MPM di ibu negara baru baru ini

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan dan Ketua Eksekutif MPM, Badrul Hisham Abdullah.
Md. Amin yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), berkata, prestasi calon STPM 2024 yang mendapat 5A dan 4A bagi setiap mata pelajaran turut meningkat.

Antara yang menunjukkan kecemerlangan adalah pasangan kembar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK_) Bukit Sawa, Marang Terengganu yang memperoleh keputusan cemerlang ingin menyambung pelajaran di institusi pe­ngajian tinggi yang sama kerana mereka belum pernah berpisah. Amira Bazilah Mohd. Arizan,18, dan kembarnya, Amira Basirah yang memperoleh

Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 turut berkongsi cita-cita sama iaitu menjadi guru bagi mendidik anak bangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN