Skuad sepak takraw negara terus kempunan

Skuad sepak takraw negara terus kempunan

TEKONG skuad sepak takraw negara, Mohd Haziq Hairul Nizam (tengah) ketika mengambil servis menentang regu Thailand dalam final Piala Raja Thai 2025 di Songkhla, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi Malaysia menamatkan kemarau 34 tahun untuk muncul juara acara regu berpasukan Piala Raja Thai 2025 terus menemui jalan buntu selepas tewas 2-0 kepada tuan rumah, Thailand hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Central Hatyai, Songkhla, regu pertama negara dibarisi Mohd Haziq Hairul Nizam (tekong), Mohd Noraizat Mohd Nordin (apit kanan), Norfaizzul Abd Razak (apit kiri) tewas 15-12, 15-12.

Harapan untuk bangkit disandarkan buat regu negara, Mohd Syahir Mohd Rosdi (apit kiri), Mohamad Azlan Alias (tekong), Farhan Adam (apit kanan) namun terpaksa akur dengan kekalahan 17-16, 15-4.

Terdahulu harapan skuad sepak takraw kuadran lelaki negara untuk mempertahankan gelaran ‘Raja Asia’ di kejohanan tersebut turut tidak kesampaian selepas tewas kepada Jepun dalam aksi separuh akhir pada Jumaat lalu.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad sepak takraw negara menewaskan Thailand dalam acara regu berpasukan di semua kejohanan antarabangsa pada Sukan SEA 1991 Manila. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN