SK Banggu cungkil bakat nyanyian murid

SK Banggu cungkil bakat nyanyian murid

PESERTA Gema Si Cilik, SK Banggu, Kota Bharu bangga dapat mempersembahkan bakat nyanyian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Semangat Besar bukan sekadar slogan apabila pertandingan Gema Si Cilik anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Banggu, Kota Bharu Kelantan baru-baru ini berjaya mencungkil bakat nyanyian murid sekolah rendah sekali gus menceriakan pentas dewan sekolah berkenaan.

Program berteraskan pencarian bakat nyanyian ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia Muzik, Kelab Kebudayaan dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Program tersebut mendapat sokongan penuh daripada Guru Besar SK Banggu, Md Roslan Mohamad, yang turut hadir memberi semangat kepada peserta.

Dengan tema “Anda Yang Kami Cari”, seramai 45 orang murid telah menyertai sesi uji bakat.

Hanya 15 murid yang berjaya ke peringkat akhir selepas melalui saringan yang sengit.

Pelbagai genre lagu dipersembahkan dengan penuh semangat termasuk balada, rock dan nasyid.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum, Nik Roseli Yahya, aktiviti nyanyian bukan sahaja menceriakan suasana sekolah, malah mampu meningkatkan keyakinan diri murid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN