Seimbangkan semula penduduk Melayu di bandar

Seimbangkan semula penduduk Melayu di bandar

HASNAL REZUA MERICAN HABIB MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Pendemografian semula masyarakat Melayu disaran dilakukan bagi mengimbangi kependudukan kaum itu di dalam kawasan bandar dan pinggirnya di seluruh negara.

Cadangan itu dikemukakan Ketua Bahagian UMNO Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican supaya survival masyarakat Melayu dapat dipastikan di kawasan urban yang ketika ini dikuasai oleh kaum lain.

Beliau berkata, tanah-tanah pajakan 99 atau 60 tahun yang sudah atau akan tamat pajakannya tidak seharusnya diperbaharui lagi sebaliknya dikembalikan semula kepada kerajaan dan diwartakan sebagai kawasan rizab Melayu.

Menurutnya, sebahagian kawasan boleh dipajakkan semula kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Felda, Lembaga Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Entiti itu kemudian memajakkan tanah Bumiputera untuk kegunaan komersial golongan itu. Ia bagi memastikan tanah Bumiputera boleh diusahakan tidak berpindah tangan menjadi pegangan kaum lain.

“Margin keuntungan dicadangkan digunakan ke arah menjayakan suatu skim pembangunan rumah melayu bandar dan pinggir bandar. Ia adalah strateegi serampang dua mata iaitu untuk pendemografian semula masyarakat Melayu di bandar dan pinggir bandar.

“Serta memberi peluang kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula mix seats (kerusi campuran),” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang, hari ini.

Hasnal Rezua berkata, selain itu beliau turut memohon supaya kerajaan mempertimbang pembinaan institusi pendidikan di kawasan Kuang seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau Institut Kemahiran Mara (IKM) bagi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Selangor mempunyai dua MRSM di Sungai Besar, Sabak Bernam dan Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor. Sedangkan negeri ini berkepadatan tinggi.

“Andai permintaan itu tidak dapat ditunaikan, sebagai alternatif kami memohon dianugerahkan sebuah IKM dengan pengkhususan dalam bidang TVET dan digitalisasi dengan kadar kemasukan sebanyak 10 peratus diberi keutamaan kepada para pelatih dari Gombak,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN