Saya bukan genius

Saya bukan genius

Perenang China, Yu Zidi bersedia untuk memulakan separuh akhir acara renang rampaian individu 200 meter (m) wanita semasa Kejohanan Akuatik Dunia 2025 di Singapura, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Nama Yu Zidi kini meniti di bibir peminat sukan dunia selepas perenang berusia 12 tahun dari China itu hampir mengejutkan dunia di Kejohanan Dunia, semalam.

Zidi menamatkan saingan 200 meter (m) rampaian individu wanita di tempat keempat dengan catatan masa 2 minit 9.21 saat (s), hanya 0.06s dipisahkan daripada podium.

“Saya akan cuba naik podium. Tapi saya rasa itu mungkin mustahil. Tapi saya nak cuba. Hari ini saya selangkah pendek, jadi saya akan terus berusaha keras,” kata Zidi.

Walaupun masih muda, Zidi berjaya memadam rekod peribadi lebih satu saat sekali gus menarik perhatian jaguh-jaguh renang dunia.

Pemenang pingat perak dari Amerika Syarikat (AS), Alex Walsh turut terpesona dengan keupayaan luar biasa Zidi di usia muda.

“Dia jelas sekali sangat berbakat pada usia semuda ini, dan saya rasa menarik untuk lihat bagaimana dia jadikan kejohanan ini sebagai batu loncatan pada masa depan,” kata Walsh.

Ketika ramai membandingkan Zidi dengan jaguh muda Kanada, Summer McIntosh yang memenangi emas acara tersebut, Zidi kekal merendah diri.

“Tak juga. Semua ini hasil latihan keras,” katanya sambil menggelengkan kepala apabila ditanya sama ada dia seorang genius. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN