Rijeu buat ‘lagu tema’ orang patah hati dengan ‘Damon’ - Utusan Malaysia

Rijeu buat ‘lagu tema’ orang patah hati dengan ‘Damon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan pop rock wanita, Rijeu, muncul dengan single sulung mereka berjudul ‘Damon’ yang mengangkat mesej melepaskan cinta tidak kesampaian.

Band anak muda yang dianggotai Dina, 26, (vokalis), Ifel, 25, (bass), Afyna, 22, (gitaris) dan Iman, 23, (dram) berhasrat  membawa suara baharu wanita muda yang berani meluahkan rasa.

“Damon adalah singkatan kepada ‘Dah Moved On’ menggambarkan situasi apabila seseorang memilih untuk melepaskan dan mencintai diri sendiri.

“Lagu ini tentang rasa lega selepas kecewa. Bagaimana kita menerima hakikat dan fokus untuk bahagia,” kata Dina, vokalis utama kumpulan Rijeu.

Tambahnya lagi, dia berharap ‘Damon’ boleh menjadi lagu tema khusus kepada anak muda yang sedang melalui fasa perpisahan.

“Semoga kita semua perlahan-lahan belajar untuk keluar daripada kesedihan dan bahagia semula,” katanya.

Damon dicipta oleh Daus SRK yang juga pemain bass kumpulan Drama Band.

Diterbitkan di bawah label Malam Galau Records, ‘Damon’ kini boleh distrim di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN