Ranking Harimau Malaya dorong Careca kembali warnai Liga M

Ranking Harimau Malaya dorong Careca kembali warnai Liga M

CARECA menjalani sesi latihan bersama Terengganu FC (TFC) menjelang aksi persahabatan di Kuala Lumpur, sepanjang minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kecemerlangan Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjadi antara faktor utama yang mendorong pemain import, Raianderson da Costa Morais atau Careca kembali mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga M).

Bekas arkitek Perak FC itu mengakui perkembangan positif skuad kebangsaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini berjaya meningkatkan semula daya tarikan Liga M di mata pemain antarabangsa.

Careca yang pernah beraksi bersama skuad Seladang dari 2019 hingga 2021 kini kembali menyarung jersi Terengganu FC (TFC) selepas menandatangani kontrak selama semusim bersama lima lagi pemain import pasukan itu.

“Saya akui peningkatan ranking FIFA Malaysia dari tahun ke tahun adalah antara faktor utama yang membuatkan saya mahu kembali ke Liga M. Saya juga lihat ada ramai pemain muda yang berbakat serta peningkatan ketara prestasi pasukan-pasukan dalam liga ini,” katanya.

Pemain berusia 30 tahun itu turut menyifatkan keputusannya menyertai TFC adalah kerana terkesan dengan sejarah kelab itu serta sokongan luar biasa penyokong setia skuad Penyu.

Katanya, pengalaman tiga musim bersama Perak FC sebelum ini turut menjadi bekalan penting untuk lebih memahami corak permainan Liga M.

“Saya tahu bukan mudah, tapi saya harap dapat bantu TFC capai sekurang-kurangnya satu piala musim ini,” ujarnya.

Careca tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri apabila berjaya meledak dua gol dalam aksi persahabatan menentang kelab Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng FC yang berakhir dengan keputusan 2-2 di Kuala Lumpur, Selasa lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN