Puncak Niaga tawar latihan industri Mahasiswa Generasi Felda

Puncak Niaga tawar latihan industri kepada Mahasiswa Generasi Felda

ROZALI Ismail (dua kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai RM5,000 kepada pelajar cemerlang STPM 2024, Shamim Akashah di SMK Jengka Pusat, Maran. – UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Peluang cerah menanti mahasiswa generasi baharu Felda apabila konglomerat terkemuka, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) tampil menawarkan penempatan latihan industri dalam pelbagai bidang profesional, sekali gus membuka lembaran baharu kepada pembangunan modal insan luar bandar.

Sebagai permulaan, seramai 68 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat, Maran yang juga sekolah angkat syarikat itu terpilih mengikuti program perintis tersebut sebelum diperluas ke seluruh negara.

Bercakap kepada Utusan Pelajar Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Dr. Rozali Ismail berkata, inisiatif itu sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk menyokong aspirasi pendidikan anak-anak Felda yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“ Latihan industri ini akan dilaksanakan di bawah anak-anak syarikat Puncak Niaga dalam bidang seperti perakaunan, kejuruteraan, undang-undang, pengurusan, hal ehwal Islam dan beberapa cabang lain yang berkaitan dengan perniagaan teras syarikat.

“Pelajar turut akan menerima elaun setimpal sepanjang tempoh penempatan, menjadikan program ini lebih bermakna,” katanya kepada Utusan Pelajar selepas menyampaikan sumbangan kewangan kepada Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK)Jengka Pusat baru-baru ini. Rozali yang juga Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) berkata, langkah tersebut akan membantu mahasiswa Felda mendapatkan pengalaman awal dalam dunia profesional tanpa perlu bersusah payah mencari tempat latihan industri.

“Kita mahu mereka masuk ke dunia kerjaya dengan pendedahan sebenar di lapangan, dan diberi keutamaan sebagai anak Felda,” jelasnya.

Dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan sumbangan korporat sebanyak RM100,000 kepada SMK Jengka Pusat bagi tahun 2024, manakala tambahan RM50,000 akan disalurkan pada tahun 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN