PUMA Ultra 6 mampu bagi 'kepuasan' maksima buat pemain bola

PUMA Ultra 6 mampu bagi ‘kepuasan’ maksima buat pemain bola

PUMA Ultra 6, kasut bola keluaran baharu yang diibaratkan serba lengkap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENAMA sukan global terkemuka, PUMA, baru-baru ini telah melancarkan model terbaharu ULTRA 6 dalam koleksi ‘Untamed Pack’, yang turut menampilkan warna baharu menarik untuk siri Future dan King.

Dicipta dengan kemasan ‘engineered mesh upper’ yang dipertingkatkan, Ultra 6 direka khas untuk mereka yang inginkan sentuhan penyudah yang lebih tajam.

Kasut bola itu juga digambarkan sebagai ‘sebuah mesin berteknologi tinggi di kaki’ yang mampu mengubah corak permainan di atas padang.

Apa yang membezakan model kali ini ialah penggunaan rangka sokongan PWRTAPE, yang memberikan kestabilan pada kaki tanpa menjejaskan kelincahan pemain.

Ia turut dilengkapi tapak ‘Speedsystem’ dan rekaan stud FastTrax, membolehkan pergerakan lebih tangkas dan melakukan larian pantas.

Bagi mereka yang mahukan prestasi maksimum, ULTRA 6 juga hadir dalam edisi istimewa Carbon, dengan tapak ‘Speedsystem carbon’ yang diperbuat daripada fiber karbon, menjanjikan pergerakan dinamik.

Ketua pengurus produk kasut bola sepak di PUMA, Viktor Fitler berkata pihaknya sentiasa berusaha keras dalam meningkatkan teknologi terhadap kasut siri Ultra yang kini telah memasuki generasi keenam.

“Kami meneruskan legasi siri Ultra dengan generasi keenam ini yang membawa konsep kelajuan semula jadi. Rekaan terbaharu ini memberikan kebebasan kepada pemain untuk bermain tanpa batas, penuh yakin, agresif dan menyerlahkan identiti sebenar mereka di padang,” katanya.

Selain Ultra 6, koleksi Untamed Pack turut menyegarkan penampilan siri FUTURE dan KING dengan padanan warna asas putih diserikan dengan tona merah dan biru pada Future, manakala King tampil garang dengan perincian merah.

Sebagai jenama yang komited terhadap inklusiviti, PUMA juga terus menawarkan rekaan khas untuk lelaki dan wanita.

Rekaan wanita menggunakan teknologi ‘Women’s Fit 2.0’ yang merangkumi bahagian hadapan lebih sempit, lengkungan tambahan serta instep lebih rendah semuanya berdasarkan maklum balas atlet wanita dan ujian dunia sebenar.

Daripada makmal ke padang, PUMA sentiasa berusaha memperhalusi bentuk, saiz dan material kasut bagi memastikan keselesaan dan prestasi optimum untuk semua pemain tanpa mengira jantina.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN