PSG belasah Real Madrid 4-0

PSG belasah Real Madrid 4-0

FABIAN Ruiz (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga pasukannya bersama Achraf Hakimi semasa perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2025 antara Paris Saint-Germain dan Real Madrid di Stadium MetLife di East Rutherford. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST RUTHERFORD: PARIS Saint-Germain (PSG) mara ke final Piala Dunia Kelab selepas membenam Real Madrid 4-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium MetLife, Amerika Syarikat (AS).

Kemenangan besar itu menyaksikan skuad kendalian Luis Enrique terus mengorak langkah untuk menamatkan musim 2025 dengan kesemua kejuaraan utama dalam genggaman.

Fabian Ruiz meledak dua gol manakala Ousmane Dembele dan pemain gantian Goncalo Ramos turut mencatat nama selaku penjaring.

Real Madrid yang baharu memulakan era baharu di bawah Xabi Alonso gagal memberikan tentangan selepas dibolosi awal dan tidak mampu bangkit.

PSG sebelum ini sudah menjulang trofi Ligue 1, Piala Perancis dan Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Inter Milan di final.

Mereka kini hanya selangkah lagi menamatkan musim gemilang dengan menewaskan Chelsea pada aksi final di venue sama, Ahad ini.

Dembele yang kembali daripada kecederaan terus menyinar dengan jaringan ke-35 dalam 52 penampilan sejak Ogos lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN