Pogacar raih kemenangan ke-100

Pogacar raih kemenangan ke-100 dengan penamat ‘meletup’ di Rouen

TADEJ Pogacar meraikan di atas podium dengan jersi polka dot selaku Raja Bukit selepas peringkat keempat perlumbaan berbasikal Tour de France dari Amiens Metropole ke Rouen, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROUEN: Tadej Pogacar mempamerkan kayuhan bertenaga di pendakian akhir untuk memenangi peringkat keempat Tour de France di Rouen sekali gus mencatat kemenangan profesional ke-100 dalam kariernya.

Biarpun kemenangan itu belum membawanya ke puncak keseluruhan, kayuhan agresifnya cukup untuk mengetepikan pencabar utama seperti Mathieu van der Poel dan Jonas Vingegaard dalam penamat dramatik.

Pelumba Slovenia berusia 26 tahun itu menewaskan Van der Poel yang mengekalkan jersi kuning, manakala Vingegaard di tempat ketiga, meneruskan persaingan tiga penjuru dalam kedudukan keseluruhan.

“Adrenalin sangat tinggi hari ini, dengan persaingan yang sengit. Penamatnya benar-benar bergaya klasik Tour de France,

“Saya tak sabar tunggu esok, ia hari sebenar untuk uji kekuatan semua pelumba. Jangan lupakan Remco, dia pelumba terbaik dunia dan pasti akan berikan segalanya,” kata Pogacar.

Peringkat kelima hari ini bakal menyaksikan ujian masa individu sejauh 33 kilometer (km) di Caen, yang dijangka menguntungkan pakar seperti Remco Evenepoel untuk merampas jersi kuning.

Van der Poel yang mewarisi kedudukan pendahulu selepas rakan sepasukan Jasper Philipsen menarik diri akibat kemalangan, mengakui dia ‘dikelilingi pendaki’ dalam perlumbaan penuh cabaran itu.

Sementara itu, pelumba utama dijangka terus diuji dalam peringkat mendatang dengan pendakian pertama hanya tiba di peringkat ke-10 sebelum memasuki laluan ekstrem di Pyrenees dan Alps. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN