Pemenang gangsa angkat berat SUKMA 2022 meninggal dunia

Pemenang gangsa angkat berat SUKMA 2022, Siti Noralyaa meninggal dunia

ALLAHYARHAMAH Siti Noralyaa Mat Marzuki bertarung dengan kanser payudara tahap empat sejak Januari lalu dan telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada Jun. - IHSAN MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet angkat berat Terengganu, Siti Noralyaa Mat Marzuki menghembuskan nafas terakhir akibat kanser payudara tahap empat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Sabtu lalu.

Allahyarhamah yang pernah meraih pingat gangsa kategori 71 kilogram (kg) pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 itu meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, dalam keadaan dikelilingi ahli keluarga.

Atlet berusia 25 tahun itu telah menerima rawatan di HSNZ sejak bulan Jun lalu apabila disahkan menghidap penyakit tersebut.

Siti bertarung dengan kanser itu sejak Januari tahun ini dan tidak memberitahu kepada sesiapa termasuk keluarga susulan enggan membebankan mereka dengan penyakit berkenaan.

Jenazah Siti selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Felda Kampung Belara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN