Pemanduan laju dipercayai punca nahas maut Jota

Jota memandu melebihi had laju

KEADAAN kereta yang dipandu Diogo Jota selepas terbabit dalam kemalangan maut bersama adiknya, Andre Silva. - IHSAN LIVERPOOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Polis Sepanyol mengesahkan pemanduan melebihi had laju berkemungkinan menjadi punca kemalangan ngeri yang meragut nyawa bintang Liverpool dan Portugal, Diogo Jota serta adiknya, Andre Silva minggu lalu.

Kedua-dua beradik itu maut selepas kenderaan yang dipandu Jota terbabas di lebuh raya di wilayah Zamora pada 3 Julai, hanya 11 hari selepas pemain itu melangsungkan perkahwinan.

Siasatan awal mendapati terdapat kesan tayar menunjukkan kenderaan itu mungkin dipandu pada kelajuan melebihi had yang dibenarkan.

“Semua ujian yang dilakukan setakat ini menunjukkan bahawa pemandu kenderaan berkenaan ialah Diogo Jota,” kata Pengawal Awam Sepanyol dalam satu kenyataan.

Beberapa jam sebelum kejadian, Jota sempat memuat naik video majlis perkahwinannya bersama Rute Cardoso, pasangan hidupnya yang juga ibu kepada tiga anak mereka.

Insiden tragik itu mencetuskan gelombang kesedihan di seluruh dunia bola sepak, khususnya di Portugal dan Liverpool yang pernah menjadi rumah kedua Jota sejak 2020.

Majlis pengebumian mereka di Gondomar, Porto turut dihadiri pemimpin politik, bintang bola sepak dan penyokong yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Sepanjang lima musim bersama Liverpool, Jota menjaringkan 65 gol, menjulang Piala FA, Piala Liga serta membantu kelab itu menyamai rekod kejuaraan liga ke-20 musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN