Pemain takut bersuara tentang jadual padat– FIFPro

Pemain takut bersuara tentang jadual padat– FIFPro

Setiausaha Agung FIFPro, Alex Phillips. - IHSAN FIFPro
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Pemain bola sepak profesional kini semakin tertekan dengan jumlah perlawanan yang terlalu padat, namun ramai memilih untuk berdiam diri kerana bimbang ia akan menjejaskan karier mereka.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung FIFPro, Alex Phillips susulan mesyuarat melibatkan 58 kesatuan pemain kebangsaan dari seluruh dunia yang berlangsung di Amsterdam, baru-baru ini. Mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada kebimbangan terhadap pengendalian bola sepak global oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut Phillips, walaupun ramai pemain menyuarakan rasa letih secara tertutup, mereka tetap enggan bercakap secara terbuka kerana takut akan kesan kepada kedudukan mereka dalam kelab dan pasukan kebangsaan.

“Beberapa hari sebelum Piala Dunia Kelab, saya sempat bertemu beberapa pemain ternama dan mereka memberitahu bahawa mereka tidak mendapat rehat secukupnya untuk tempoh yang panjang,” katanya.

Mesyuarat itu diadakan tidak lama selepas kejohanan sulung Piala Dunia Kelab yang menampilkan 32 pasukan berlangsung di Amerika Syarikat, kejohanan yang dipuji Presiden FIFA, Gianni Infantino sebagai satu kejayaan besar.

Namun, FIFPro melihat kejayaan itu dari sudut berbeza sebagai satu lagi beban tambahan kepada pemain yang sudah pun terikat dengan jadual perlawanan yang amat padat di peringkat kelab dan antarabangsa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN