Pearly-Thinaah mudah atasi Matsuyama-Shida

Pearly-Thinaah mudah atasi Matsuyama-Shida

PEARLY Tan-M. Thinaah menewaskan pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-13, 21-11 pada aksi suku separuh akhir Terbuka Jepun 2025 di Gimnasium Metropolitan Tokyo, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah menampilkan aksi luar biasa apabila menumbangkan gandingan utama Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam separuh akhir Terbuka Jepun 2025, sebentar tadi.

Di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan ketiga kejohanan mencatat kemenangan bergaya straight set 21-13, 21-11 dalam masa 36 minit.

Kemenangan ini sekali gus menamatkan ‘badi’ yang menghantui mereka dalam 14 pertemuan terdahulu, dengan hanya satu kemenangan sejak 2022.

Pasangan Jepun yang juga pilihan kedua dan No.2 dunia ternyata gagal menandingi tempo agresif yang ditampilkan wakil negara dari awal permainan.

Ini juga merupakan pencapaian terbaik Pearly-Thinaah di Jepun selepas terkandas di suku akhir pada edisi lalu.

Persembahan mantap mereka hari ini memperlihatkan keyakinan dan ketenangan yang jauh lebih matang berbanding pertemuan sebelum ini.

Kemenangan ini melonjakkan semangat mereka menjelang aksi final esok menentang antara pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning atau Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, dalam misi memburu gelaran sulung Terbuka Jepun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN