Garis Panduan Literasi AI siap September Iini

PARLIMEN: Garis Panduan Literasi AI siap September Iini

FADHLINA Sidek - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dalam proses memuktamadkan Garis Panduan Literasi Kecerdasan Buatan (AI) yang dijangka siap pada September ini bagi memastikan teknologi itu digunakan secara beretika, selamat dan berpandukan nilai murni di institusi pendidikan negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, garis panduan itu akan menjadi panduan utama dalam memastikan pelaksanaan teknologi AI selari dengan aspirasi pendidikan negara khususnya dalam membina sahsiah dan kemahiran murid menghadapi cabaran masa depan.

“Elemen AI diintegrasikan secara progresif dalam kurikulum termasuk menerusi mata pelajaran Teknologi dan Digital di peringkat sekolah rendah, serta subjek seperti Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi di peringkat menengah.

“KPM sentiasa komited dan bersedia untuk memperkasa sistem pembelajaran berasaskan teknologi dan digital secara berterusan bagi memastikan murid dapat menyesuaikan diri serta bersedia menghadapi cabaran teknologi pintar seperti AI dan pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Lo Su Fui (GRS–Tawau) yang membangkitkan isu pengangguran membabitkan 160,000 individu di Sabah dan 600,000 di seluruh negara serta keperluan memperkasa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan penerapan teknologi AI dan TVET untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Mengulas lanjut, Fadlina berkata, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026-2035, KPM merangka lima fokus utama iaitu kualiti, akses dan ekuiti, ketersediaan sumber dan kecekapan, keluwesan serta kemampanan.

“Pelan ini memberi penekanan kepada penjajaran kurikulum dengan realiti pasaran, pembelajaran berasaskan teknologi seperti AI serta pemerkasaan ekosistem TVET secara menyeluruh,” ujarnya.

Kata Fadhlina, KPM kini sedang merintis konsep Bilik Darjah Dikuasakan AI (AI-Powered Classroom) di 11 buah sekolah bagi menyediakan laluan pembelajaran yang lebih diperibadikan dan adaptif mengikut keperluan murid.

“Bermula tahun ini, dua kursus teras berasaskan AI akan ditawarkan dalam program Diploma Teknologi Perkomputeran dan Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Vokasional (KV) iaitu Computer Vision in Computing Technology dan Computer Vision in Information Technology.

“Satu kursus elektif baharu bertajuk Generative Artificial Intelligence turut diperkenalkan dan ditawarkan kepada semua program diploma di KOlej Vokasional (KV),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN