Mosti tingkat generasi celik sains, teknologi

Mosti tingkat generasi celik sains, teknologi

DATUK Mohammad Yusof ketika menghadiri program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics 2025 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti)  menyerahkan Kit Pertandingan Malaysia Techlympics bernilai lebih RM4,000 kepada beberapa sekolah di Sabah dalam usaha meningkatkan jumlah generasi celik sains dan teknologi di negara ini. 

Sumbangan tersebut diserahkan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal dalam satu program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics 2025 baru-baru ini. 

Mosti dalam satu kenyataan berkata,  Sekolah Kebangsaan (SK) Sisipan juga turut diumumkan untuk mewakili Sabah ke peringkat zon negeri tanpa perlu melalui saringan awal.

“Semua kos penyertaan akan ditanggung sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap keterangkuman pendidikan terutama dalam bidang sains dan teknologi.

“Apa yang lebih penting, semua pihak perlu tahu Malaysia Techlympics bukan program elit yang berpusat di bandar. Ia dirangka dengan elemen keterangkuman yang menyeluruh dengan 75 program jangkauan ke luar bandar sepanjang tahun ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pertandingan itu dibuka kepada pelajar berusia 7 tahun sehingga 30 tahun dan sehingga kini, lebih 1.3 juta penyertaan telah direkodkan dari seluruh negara.

Malaysia Techlympics merupakan acara yang diinspirasikan daripada format Sukan Olimpik dengan pelbagai pertandingan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, dron, Internet Kebendaan (IoT), reka bentuk animasi dan percetakan 3D.

Dalam pada itu, Mosti berkata, program Malaysia Techlympics menyasarkan 1.7 juta penyertaan  tahun ini dan 30 juta jangkauan digital menjelang tahun 2030 seiring status negara berteknologi tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN