Usaha sekumpulan empat orang guru daripada Sekolah Kebangsaan K9 Beluran, Sabah yang bertekad membawa misi membawa gegantung mari belajar Tulisan Jawi ke puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini menjadi kenyataan.
Misi pada 26 hingga 27 Jun lalu disempurnakan seramai 4 orang guru daripada sekolah berkenaan iaitu Lorenica Frenila Masundim (Ikon Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka), Alexius Engkamat, Mohd Rusman Usman dan Daxter Dany yang telah memulakani membawa banner bertulis
Lorenica Frenila berkata, misi tersebut telah diiringi oleh Malim Gunung Daverond Dolius yang berjaya membawa para pendaki naik dan turun dengan selamat menjayakan cabaran tersebut bertujuan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia melestarikan Tulisan Jawi.

Cabaran utama pendakian ini adalah perjalanan menuju puncak yang sangat jauh dan berbahaya terutama pada waktu subuh.
Para pendaki perlu bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menjayakan misi ini, diharapkan kesungguhan dan tekad ini boleh dijadikan inspirasi untuk semua rakyat Malaysia yang cinta akan khazanah warisan dan budaya negara kita.
“Pengalaman pendakian ini menyedarkan saya bahawa perjalanan menuju ke puncak kejayaan memerlukan langkah demi langkah tanpa putus asa. Jika penat, berhentilah berehat tapi jangan lupa teruskan melangkah hingga matlamat tercapai, tiada jalan mudah untuk berjaya,” ujar Lorenica Frenila.










