Merlier ungguli pentas huru-hara di Dunkirk

Merlier ungguli pentas huru-hara di Dunkirk

TIM Merlier (tengah) meraikan kejayaan di podium selepas memenangi peringkat ketiga perlumbaan berbasikal Tour de France di Dunkirk, Perancis, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNKIRK: Pelumba Belgium, Tim Merlier muncul juara peringkat ketiga Tour de France 2025 selepas mengetepikan Jonathan Milan dari Itali dalam pecutan dramatik di Dunkirk, semalam.

Aksi sejauh 179 kilometer (km) dari Valenciennes ke Dunkirk itu dicemari insiden kemalangan termasuk yang menyebabkan Jasper Philipsen menarik diri akibat kecederaan serius.

“Perlumbaan ini memang huru-hara, saya hilang banyak tenaga untuk dapatkan posisi tetapi balingan basikal saya menjadi.

“Saya tahu saya akan kalahkan Milan, ini balasan selepas gagal menang pada pembukaan,” kata Merlier.

Pelumba pasukan Lidl-Trek, Milan yang mendahului 150 meter (m) terakhir tidak pulang tangan kosong apabila menyarung jersi hijau Raja Pecut milik Philipsen.

Mathieu van der Poel mengekalkan jersi kuning pendahulu keseluruhan dan mengakui angin hadapan menjadikan pecutan lebih sukar dikawal serta berisiko.

Insiden kemalangan turut membabitkan jaguh Olimpik, Remco Evenepoel yang juga rakan sepasukan Merlier, namun pendahulu utama Tadej Pogacar dan Jonas Vingegaard berjaya mengelak terlibat.

Pendakian tunggal Mont Cassel dimenangi Tim Wellens yang kini memegang jersi polka dot Raja Bukit, manakala Kevin Vauquelin kekal selaku pelumba muda terbaik.

Peringkat keempat hari ini sejauh 174km dari Amiens ke Rouen dijangka lebih mencabar dengan lima bukit di penghujung laluan yang bakal menjadi pentas serangan pelumba mendaki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN