Merlier rangkul kemenangan berganda

Merlier rangkul kemenangan berganda

TIM Merlier berbasikal ke garisan penamat untuk menang mendahului pada peringkat kesembilan perlumbaan berbasikal Tour de France di Chatroux, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHATEAUROUX: Tim Merlier mencatat kemenangan keduanya dalam Tour de France 2025 selepas menjuarai Peringkat Sembilan di Chateauroux tengah malam tadi, sekali gus menggagalkan Mathieu van der Poel.

Pelumba Soudal Quick-Step itu menyambar garisan penamat dalam saingan sprint selepas Van der Poel yang meloloskan diri sejak awal perlumbaan berjaya ditangkap hanya 700 meter sebelum tamat.

Tiada perubahan dalam kedudukan keseluruhan apabila Tadej Pogacar kekal pendahulu dengan kelebihan 54 saat ke atas Remco Evenepoel, manakala Kevin Vauquelin di tempat ketiga.

Van der Poel memulakan serangan bersama rakan sepasukan sejak awal laluan dari ladang anggur Chinon, mencipta jurang sejauh 5 minit 30 saat sebelum dikejar peloton.

Jonas Rickaert yang mengiringi Van der Poel sehingga 10km terakhir menerima anugerah pelumba paling berani selepas keletihan melampau menamatkan aksinya.

Ketika ramai menyangka Jonathan Milan bakal meraih kemenangan berturut-turut, Merlier muncul dengan pecutan padu untuk memintasnya 50 meter sebelum garisan.

Saingan Pogacar menerima tamparan selepas kehilangan pembantu utama, Joao Almeida yang menarik diri susulan kecederaan tulang rusuk sejak terjatuh di Mur de Bretagne.

Peringkat kesepuluh hari ini dijangka menggoncang kedudukan dengan lapan pendakian berklasifikasi di Massif Central, bertepatan sambutan Hari Kebangsaan Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN