McIlroy kongsi pendahulu Terbuka Scotland

McIlroy kongsi pendahulu Terbuka Scotland

RORY Mcilroy. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rory McIlroy menyifatkan rehat beberapa minggu telah menyuntik semula semangat dan keterujaan menjelang pusingan terakhir Terbuka Scotland, awal pagi tadi.

Pemain No. 2 dunia itu berkongsi kedudukan pendahulu selepas mencatat empat bawah par 66 untuk keseluruhan 11 bawah bersama Chris Gotterup.

“Ia peluang sebenar pertama saya untuk menang sejak Masters. Saya hanya perlukan sedikit masa, dan kini saya kembali ke sini dengan semangat baharu untuk baki musim ini,” kata McIlroy.

Kejayaan itu menjadi isyarat penting menjelang kemunculannya di depan penyokong sendiri untuk Terbuka British di Portrush minggu depan.

Gotterup, pemain ranking ke-158 dunia, yang mencatat rekod padang dengan sembilan birdie tanpa bogey pada hari kedua, sekadar mencatat par 70 semalam.

Empat pemain berkongsi kedudukan ketiga dua pukulan di belakang pendahulu iaitu Matt Fitzpatrick, Marco Penge, Wyndham Clark dan Jake Knapp.

Sementara itu, pemain No. 1 dunia, Scottie Scheffler pula lima pukulan di belakang selepas merakam 69, hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN